Monday, March 21, 2011

Sebahagian dari hidup

Pic ihsan Google

Sibuk sangat dengan urusan harian.
Mengerjakan urusan untuk Bengkel dan Kejohanan Silat Interkolej dan Jemputan UMS yang bakal berlangsung dari 24 hingga 27 Mac 2011 nanti buatkan sy agak tertekan dengan pelbagai karenah birokrasi dan manusia.......
Doakan sy tabah dan kuat menghadapi semuanya

Sunday, March 20, 2011

Tuai padi antara masak....

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan.....

Tengah seronok menonton Upin, Ipin dan Kawan-kawan

Muke bengkek sebab Upin Ipin di'pause'kan

Gambar bawah ni adalah rentetan dari permintaan khas dari adik kecik sy...
Katenye rindukan 'orang itu'...
Untuk Azie, nanti akak bagi dia baca ye...
Hahahahahaha....

Bowling day:12 Mac 2011

Jangan cakap sy sengaja mensensasikan entri..
Sy ada bukti....

screen capture sewaktu ber'ym' dengan adik kecik...^_^

p/s::sesuatu kerap berlegar di fikiran.insyaAllah setelah selesai semuanya,akan sy nukilkan jua kisah itu di sini..

Thursday, March 17, 2011

Cinta mati ku...


 
Cinta Mati Ku - 6ixth Sense
 
Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku
**************************
Lagu Cinta Mati Ku nyanyian kumpulan 6ixth Sense ini membariskan lirik dengan maksud yang mendalam..
Ramai orang suka tujukan lagu begini kepada kekasih...
Tapi sy tujukan lagu ini khas buat kamu-kamu yang menghuni hati sy...
Dari dulu, hari ini dan mungkin sampai mati....
 

My beloved family





My adik kecik::Azie
My adik sot::Huda

And these are my best friends ever...

Fiza
Nofee
Fateha



There are a few more peoples...
But those are come and gone type...
Mereka inilah yang sentiasa ada tanpa mengira apa pun..
Sincerely from the bottom of my heart,
THANK YOU...





p/s::agak kelakar bila mengingatkan perkenalan sy dengan mereka bermula dengan tanggapan yang buruk (bad perception)....hehehe...but they turn out to be the best!!! I LOVE YOU!!!
 
p/s/s::jangan sangka kamu-kamu yang nama dan gambarnya tak disebut disini tu  tiada di hati sy. Kamu tetap ada, cuma mereka di atas lebih istimewa....jangan merajuk ye terutamanya cik Eni, puan Ansari, puan Zatul dan adik Ncha...^___^

Wednesday, March 16, 2011

Mati dibunuh...


11 Mac 2011
Sy telah menerima satu panggilan yang di jangka ketika jam berdetik menghampiri waktu senja.
Panggilan itu dari seseorang yang pernah "membunuh" sy...


Sudah melupakan nombor tersebut, sy jawab panggilan itu.
Mendengar suara yang sekian lama sy harapkan untuk menghubungi sy,
membuat jantung berdegup pantas...
Emosi bercampur antara marah dan sedih..



Segera sy tanyakan tujuan dia menghubungi..
Sy tak mahu berlama-lama, bimbang akan hati yang baru sahaja sembuh
Dia kemudian menyatakan hasratnya untuk memohon maaf
Jawab sy "maaf mmg mudah di pinta dan diberi, tapi takkan bermakna tanpa keikhlasan.."
Selepas meluahkan perasaan masing-masing, panggilan tersebut di akhiri

Hanya setelah seketika...
Saya berikan kemaafan itu...
Mungkin ada yang mengatakan sy terlalu senang memaafkan
Tapi apalah guna sy menyimpan rasa itu lagi..
Hanya menambah kelukaan di hati sendiri...

Buat Abang M,
Andai ditakdirkan suatu hari nanti abang terbaca apa yg sy coretkan ini, tentunya abang tau siapa yang sy maksudkan. Hingga kini pun hati ni masih lagi tertanya-tanya, kenapa abang sanggup buat sy macam ni. Bukan sekali dua, tapi tiga peluang yang sy berikan pada abang. Betapa sy benar-benar sayangkan abang dari dulu. Permulaan indah itu rupanya tidak kekal....
Bohonglah andainya sy katakan sy sedikit pun tak tergugat dengan panggilan abang. Beberapa hari sy menahan rasa. Hampir saja airmata ini menitis setiap kali mengenangkan abang. Hati ini terlalu ingin untuk hidup bersama abang, tapi sayang ia takkan menjadi kenyataan. 
Andainya abang tak menghancurkan hati sy, tentunya kita bahagia sekarang.....andainya abang tahu bahawa sy amat merindui abang. Susahnya memujuk hati ini melupakan abang. Sukarnya diri ini mengeringkan airmata yang mengalir..
Namun, sy harus berterima kasih pada abang. Sy harus berterima kasih pada abang sebab membuat sy menjadi seorang yang lebih kuat menghadapi hari-hari yang mendatang. Terima kasih kerana membuatkan sy menjadi seorang yang tak lagi lemah seperti dulu. Terima kasih juga sebab buat sy lebih menghargai kawan-kawan yang berjaya membuat diri ini tersenyum saat dalam duka, teman-teman yang menangis bersama-sama...Terima kasih sebab beri sy peluang untuk mengenali diri abang dan keluarga abang. Terima kasih atas segala-galanya....




p/s::entry meluahkan perasaan.banyak lagi nk taip tapi.....biarlah rahsia....

S.I.S...

Sakit kepala panjang rambut, patah selera makan banyak..
Ade sesiapa yang tahu maksud peribahasa di atas?
Peribahasa ini menggambarkan situasi sy dan S.I.S



Bilakah lagi saya akan bertemu dengannya??
Tak tertahan hati ini menanggung rindu..
Cepatlah berlalu wahai masa....

O.K..
Cukup sy bermadah sampai disitu sebab sy sendiri pun dah tak tertahan nak tergelak dengan ayat jiwang yang sy karangkan tu..
Hahahahahaha.....

p/s::rindu nak update blog tapi 3 'jari bowling' ni terasa sakit gara-gara bowling selama 5 hari berturut-turut dan menjadi 'atlit bidan terjun' SPE pada Ahad lalu..tapi berbaloi sebab dengarnya SPE johan kategori perempuan.betul atau tidak, kita tunggu keputusan rasmi...^__^

Friday, March 11, 2011

Teman hidup...

Last update blog was on 8 Mac, dah masuk 4 hari baru nk update. 
Ada few things yang bakal sy updatekan disini. 
Tapi itu di entry yang akan datang.
Ini adalah salah satu entry khas sy di blog ini.
Entry dedikasi khas ni di tujukan buat kedua-dua kawan sy, 
Nurol Ansari dan Nik Ahmad Talhah
Mereka telah selamat diijabkabulkan pada 11 Mac 2011,
Hari ni 12 Mac 2011, mereka pastinya sedang disandingkan dirumah pengantin perempuan...
Sy sebenarnya sangat-sangatlah berharap untuk menghadiri wedding ini..
Tapi apakan daya.....T.T
  Dari kejauhan ini, sy ingin mengucapkan sesuatu kepada mereka...

Gambar ihsan Google
 Nurol Ansari dan Nik Ahmad Talhah
Selamat Pengantin Baru
Semoga bahagia ke akhir hayat
Tabahlah dalam menempuhi alam rumah tangga bersama..

Tuesday, March 8, 2011

Cinta hati ku.....

Merekalah jantung hati sy di sini...
Sesibuk mana pun sy, masa tetap akan diluangkan untuk mereka
Sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu..
Yang ada dalam gambar cumalah sebahagian.
Kegilaan mereka membuatkan sy bahagia dalam duka...
My dear Kelab Pencak Silat UMS

S.S dah dedahkan namanya..S.I.S bila lagi???

Semenjak dua menjak ni, selalu sangat dengar, tgk dan baca berita mengenai S.S. 
Bukan sahaja di kaca televisyen, malahan di dada-dada akhbar, bahkan turut menjadi bahan entry buat rakan-rakan blogger
Kamu pastinya tertanya-tanya siapakah gerangan S.S yang sy maksudkan ini...
Terkenal sgt ke dia sampai menjadi tumpuan ramai?? 
Kenapa sy menulis tentang dia??? 
Baca artikel ni sampai habis, dan kamu akan tahu mengenai S.S.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dah habis baca??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dah tahu siapa S.S?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sy menulis tentang dia sbb dia "kembar" S.I.S.
Setiap kali melihat S.S, sy pastinya teringat akan S.I.S.....^___^

Monday, March 7, 2011

Solo trip...



Isnin, walaupun mood menidakkan kerajinan untuk ke kelas...kaki tetap melangkah walaupun berat..huhuhuh~ Usai semuanya jam 12.30 tengah hari, sy meringankan kaki untuk ke tempat bertentang mata dengan harapan untuk bertemu dengan seseorang. Tuah tidak menyebelahi sy hari ini....org yg diharapkan tiada di situ...T___T

Kaki ini sy gerakkan lagi untuk ke GSC. Setelah berfikir seketika serta mengambil kira beberapa faktor, sy putuskan untuk menonton The Mechanic...semata-mata kerana mahu melihat aksi Jason Statham..huahuahua~~ Sy bukan lah orang yg pandai menilai filem tp hati sy puas..satu lagi filem aksi yg mendebarkan sy tonton berseorangan...

Macam sy bagitau awal2 tadi, sy x pandai nak ulas pasal filem jadi bacalah sinopsis dan tengok trailer video kat bawah ni...enjoice!!



"Mechanic is a person who fix anything broken..."


p/s::dulu bila keluar bersendirian rs bebas...sekarang rs sunyi sangat.....-__-

Sunday, March 6, 2011

Blessed to be home...

Tajuk jek omputih..heeee~but the truth is, i feel like writing in english. So, i might end up mixing both languages. Hope u guys don't mine. I'm just being silly as....me! ^____^

As I've told u guys before, sy balik kampung. Just for few days (which mean..weekend..). Some might said I'm crazy but have u thought of being separated by da sea...mcm duduk lain2 benua pulak bunyinye kan?? It's not easy and I don't know how, why and what yg membuatkan sy masih lagi bertahan berada di negeri di bawah bayu ini...

Ok,enough with the talking..lets go back to the story. Hari Khamis mlm Jumaat, 3 serangkai bersatu lagi. Kami keluar pun sebab nk hantar adik kecik sy ke airport. Dia yang terlebih dulu balik kampung dr sy..padahal,sy yg beli tiket dl..grrrr!!! On the way ke airport, we stopped at the newly opened Marrybrown in KK city. Malas nk cakap banyak, let the picture speak for themselves..

Adik kecik yg 'kesengalan' mkn bubur jek...x sdap..hahaha


My order, mee kari ayam goreng

Huda's order, nasi ayam Marrybrown

Dah x sabar nk mencekik

Pemandangan kawasan parking d KKIA T1 d waktu malam

The next day, which is Friday..sy pulak yg berangkat pulang ke KB. Semenjak dari dalam perjalanan lagi hati x putus2 berdoa agar mama menyediakan lauk permintaan semenjak 3 minggu lepas, patin masak tempoyak...Tapi sedikit hampa apabila semasa perjalanan pulang dari airport, abah berhenti di restoran makanan western favourite family kami untuk 'menapau' chicken chop special...which means, mama x masak!! Sesampainya di rumah, mama explain yang lauk permintaan akan di masak esok hari. memandangkan mereka tidak ke pasar pada pagi hari tersebut..No picture of our dinner that night sbb segan dengan abah n mama..hahahaha..plus, abah is not a photo person..

Saturday, I woke up late and found that I was left alone at home. I'm used to be left alone while they went to the market. Kadang-kadang jek ikut...That noon, mama penuhi janji untuk patin masak tempoyak...yeay!!!Here goes nothing....^____^

Yummy!!! This is my mama's Patin Masak Tempoyak.
Tumis peria dengan telur. Simple from me

Ikan kembung bakar percik, mama's version.



p/s::mari kembali mulakan diet sbb tabiat makan malam dah mula balik...tak suke tak suke tak suke!!

Thursday, March 3, 2011

Offline mode....-__-

Maaf kerana blog ini bakal x d update untuk beberapa hari memandangkan sy akan pulang ke kampung halaman tgh hari nanti. InsyaAllah panjang umur, kita sambung lagi d entry seterusnya...mungkin tentang S.I.S...siapa tahu...^___^

p/s::kalaulah sy boleh dapat kedua-dua family dan bertemu S.I.S pd ms yang sama.....

Wednesday, March 2, 2011

Misi mencari cinta...hee~

Puas sudah rasanya hati ini dilukai dari dulu. Terbaru, Januari lalu. Tapi itu semua bukan alasan untuk sy katakan hati sy sudah tertutup pintunya. Bohonglah kalau sy katakan sy x cemburu melihat teman-teman seperjuangan lain yang menghitung hari diijabkabulkan, yang meniti saat-saat bahagia alam rumah tangga dan menunggu kehadiran cahaya mata. Sy hanya manusia dan perempuan biasa yang punya naluri untuk merasa semua itu. Tapi sy yakin, masa itu belum sampaia dan Tuhan punya perancangan yg tersendiri buat sy…

Okeh, cukuplah dengan bebelan skema sy..heee~~mari kita sambung pada pengkisahan (wujud ke perkataan ni??) sy tentang isu jatuh cinta lagi…^___^

Jika kamu pengikut setia sy di facebook tentunya terperasan akan status sy smenjak dua menjak ni balik2 pasal encik S.I.S….^____^ tentunya kamu tertanye2 siapakah gerangan S.I.S yg dah berjaya buat sy senyum memanjang ni….nnt sy kenalkan pd kamu2 pembaca sy….sy pn belum mengenali si dia…S.I.S cuma gelaran yg sy berikan…

Mula bertemu pd hari Ahad, 27 Februari 2011 yg lalu. Mata bertentang mata, salam berkirim, main bowling lane sebelah2..itulah peristiwanya. Tiada tegur sapa antara kami, segalanya melalui org tengah. Isnin, kami kembali ke tempat yg sama tp bukanlah dengan tujuan untuk mencari dia...practice bowling dan karaoke semata..Tapi hari ni, Rabu 2 Mac 2011 atas dorongan kawan-kawan, sy melancarkan misi mencari cinta S.I.S ni. Malang nasib sy, org tengah kami telah berakhir waktu kerja nya...jadi misi tersebut gagal!!! Kini sy terpaksa menunggu hari isnin lagi....


Walaupun misi mencari S.I.S (bukan cari die pn padahalnye..) telah gagal..but we have fun actually. Maklumlah, hati tengah berbunga2…^___^ kualiti gmbr agk x memuaskan, maklumlah..kamera murah dolu2 pnye jek…huhuhuh~~cekidaut….

azie:adik kecik yg x pernah habis dengan scandal nye....

huda:adik yg gile kamera....heee~

gaya seorang bakal atlit wakil fac...

gaya johan terdahulu....

sy x pandai main..hukhukhuk~

p/s::gambar sy memang xde,x payah la cari...heee~

Tuesday, March 1, 2011

Jatuh cinta lagi???

Tajuk xleh blah......hahahaha...tapi hakikatnye 2 orang kawan rapat sy terang-terang mengatakan sy sedang angau. Apekah?? ^___^  Terasa ingin menukilkannya disini tapi belum sampai masanya lagi. InsyaAllah, di masa akan datang..x kire la samaada kisahnya pahit atau manis, sy tetap akan kisahkannya disini. It is part of my life kan?

p/s::sy teruja sebab dia mampu buat sy tersenyum sendiri berhari-hari lamenye....^__^



Kamu!!

Mungkin sudah agak terlambat kerana tarikh 1 Mac sudah hampir berlalu
Tapi itu x bermaksud boleh menyekat sy dari meneruskan entry yang pertama ni.
Entry ini tentunya amat istimewa, sementalahan ia adalah entry pertama dirumah baru ni.
Entry ini sy tujukan buat seseorang yang agak istimewa pada sy....(jgn slh paham pulak ye..)

Sy mula mengenali dia beberapa bulan yang lalu..tarikh spesifik,sy pun dah lupe..
Kenapa sy tujukan entry ini pada dia??
Sebab hari ini merupakan hari special dia....

Kenapa sy cakap dia special pada sy??
Sebab dia mampu buat sy senyum x kire ape pun...

Siapa dia..??
Dia pakcik kawan sy...
Merangkap kawan sy jugak..
Kawan yg sentiasa ada x kira masa..

Orangnya yang jahat nakal..
Suka menyakat sy...
Tapi itulah istimewanya dia..
He can make anyone smile though his heart is cryin inside...

Uncle Nazhir,
This post is specially made for you on your birthday just to wish you a
HAPPY BIRTHDAY...
Remember,age is just a number
Live your life to da fullest
I pray for your happiness and may all your dream will come true..
Gambar curik dari fb beliau..;)

p/s::simple,walopun uncle da buat sy sentap,sy tetap post kan jugak....huh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...