Wednesday, March 16, 2011

Mati dibunuh...


11 Mac 2011
Sy telah menerima satu panggilan yang di jangka ketika jam berdetik menghampiri waktu senja.
Panggilan itu dari seseorang yang pernah "membunuh" sy...


Sudah melupakan nombor tersebut, sy jawab panggilan itu.
Mendengar suara yang sekian lama sy harapkan untuk menghubungi sy,
membuat jantung berdegup pantas...
Emosi bercampur antara marah dan sedih..



Segera sy tanyakan tujuan dia menghubungi..
Sy tak mahu berlama-lama, bimbang akan hati yang baru sahaja sembuh
Dia kemudian menyatakan hasratnya untuk memohon maaf
Jawab sy "maaf mmg mudah di pinta dan diberi, tapi takkan bermakna tanpa keikhlasan.."
Selepas meluahkan perasaan masing-masing, panggilan tersebut di akhiri

Hanya setelah seketika...
Saya berikan kemaafan itu...
Mungkin ada yang mengatakan sy terlalu senang memaafkan
Tapi apalah guna sy menyimpan rasa itu lagi..
Hanya menambah kelukaan di hati sendiri...

Buat Abang M,
Andai ditakdirkan suatu hari nanti abang terbaca apa yg sy coretkan ini, tentunya abang tau siapa yang sy maksudkan. Hingga kini pun hati ni masih lagi tertanya-tanya, kenapa abang sanggup buat sy macam ni. Bukan sekali dua, tapi tiga peluang yang sy berikan pada abang. Betapa sy benar-benar sayangkan abang dari dulu. Permulaan indah itu rupanya tidak kekal....
Bohonglah andainya sy katakan sy sedikit pun tak tergugat dengan panggilan abang. Beberapa hari sy menahan rasa. Hampir saja airmata ini menitis setiap kali mengenangkan abang. Hati ini terlalu ingin untuk hidup bersama abang, tapi sayang ia takkan menjadi kenyataan. 
Andainya abang tak menghancurkan hati sy, tentunya kita bahagia sekarang.....andainya abang tahu bahawa sy amat merindui abang. Susahnya memujuk hati ini melupakan abang. Sukarnya diri ini mengeringkan airmata yang mengalir..
Namun, sy harus berterima kasih pada abang. Sy harus berterima kasih pada abang sebab membuat sy menjadi seorang yang lebih kuat menghadapi hari-hari yang mendatang. Terima kasih kerana membuatkan sy menjadi seorang yang tak lagi lemah seperti dulu. Terima kasih juga sebab buat sy lebih menghargai kawan-kawan yang berjaya membuat diri ini tersenyum saat dalam duka, teman-teman yang menangis bersama-sama...Terima kasih sebab beri sy peluang untuk mengenali diri abang dan keluarga abang. Terima kasih atas segala-galanya....




p/s::entry meluahkan perasaan.banyak lagi nk taip tapi.....biarlah rahsia....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...